- Salad (1½ cup) 95%
- Tembikai (1½ cup) 92%
- Brokoli (1½ cup) 91%
- Anggur (1½ cup) 91%
- Susu (1 cup) 89%
- Oren (3/4 cup) 88%
- Lobak (1½ cup) 87%
- Yogurt (1 cup) 85%
- Epal (sebiji) 84%
Sumber: American Dietetic Association
Tips 2: Jika kita berat badan berlebihan dan tidak aktif, jantung kita perlu bekerja lebih berbanding mereka yang mempunyai berat badan ideal dan aktif. Hati-hati jika degupan jantung pada kadar rehat lebih 80 BPM. Dari sebuah kajian yang diterbitkan dalam The Journal of Epidemiology & Community Health, risiko sakit jantung bertambah bagi setiap peningkatan degupan jantung pada kadar rehat.
Tips 3: Detox itu bagus, singkirkan toksin dari badan. Tapi dah habis detox, janganlah tambah balik toksin melalui makanan berlemak, tinggi garam dan gula, makanan bergoreng. Kan sia-sia namanya. Sepatutnya sepanjang proses detox kita makan makanan sihat untuk mengurangkan toksin dan juga membantu tubuh kita memperbaiki sel-sel rosak akibat toksin.
Tips 4: Suami makan banyak berat maintain je. Isteri makan lebih sikit je, berat naik mendadak! Kenapa ye? Sebab BMR (kadar metabolisma asas) lelaki lebih tinggi berbanding wanita kerana lelaki lebih banyak peratus otot berbanding wanita, itu sebabnya lelaki makan lebih pun berat terkawal. Perumpamaannya macam suami enjin kereta Wira, boleh isi minyak lebih sikit, isteri enjin kereta Viva, tangki kecil sikit. Tapi masalahnya setiap kali waktu makan, isteri akan makan sama banyak macam suami. Kadang-kadang perlu habiskan baki makanan anak lagi. Enjin Viva tapi makan macam Wira, macamana berat tak naik!
Tips 5: "Apabila kita kurang minum air, kita sering salah anggap penghidratan sebagai rasa lapar. Kita tahu sesuatu yang kurang di dalam perut kita, tetapi kita tidak tahu apa dia. Kita perlu ganti kekurangan itu, jadi kita fikir kita perlu makan. Sebenarnya badan hanya memerlukan air." Prof Brian Wansink, penulis buku "Mindless Eating"
Tips 6: Sarapan tadi saya dah makan buah dan sayur 7 warna. Macam pelik je kan, mana ada orang makan buah & sayur waktu sarapan pagi, kemudian ada 7 warna, apa tu? Kalau nak tau, segelas shake Formula 1 mengandungi khasiat dari 7 warna buahan dan sayuran. Setiap Contohnya macam anggur (ungu), merah (tembikai), labu (oren), pisang (kuning), kiwi (hijau muda), kailan (hijau) dan cendawan (putih). Menurut Dr David Heber; Pengarah UCLA Center for Human Nutrition dan juga penulis buku "What Color Is Your Diet?"; mengatakan kebanyakan kita kurang mengambil sayur dan buahan dalam pemakanan seharian. Idea pemakanan sihat yang asas ialah untuk makan sayuran dan buahan dari kelas warna yang pelbagai kerana setiap warna mewakili khasiat zat nutrisi dan antioksidan yang berbeza.
Tips 7: Tidur sangat penting untuk kesihatan kerana proses baikpulih badan berlaku ketika tidur. Kajian oleh Harvard School of Public Health (HSPH) mendapati kerja syif malam mungkin meningkatkan risiko penyakit diabetes terutama pada wanitaakibat kekurangan tidur. Kajian mendapati wanita yang telah bekerja syif malam 3-9 tahun, risiko diabetes meningkat 20%, 10-19 tahun meningkat 40%, 20 tahun dan lebih risiko meningkat 58%. Juga mereka yg bekerja syif malam lebih mudah untuk berat badan meningkat dan berisiko menjadi obese.
Tips 8: Saya takde masa lah nak bersenam. Sebenarnya asas gaya hidup sihat bukannya bersenam, tapi jadi lebih aktif. Kurangkan duduk, baring, bermalas2. Ganti dengan banyakkan berdiri dan bergerak. Buktinya dulu nenek moyang kita takde bersenam2 mcm jogging, aerobik, yoga etc, tapi diorg masih kurus sebab mereka aktif guna tulang empat kerat. Jadi pilihlah utk jadi lebih aktif, guna tangga berbanding lif, naik basikal ke masjid, parking kereta jauh sikit, bersungguh2 mengemas rumah dan lain2.
Tips 9: Apa jadi bila kita lambat makan? Bila lambat makan, hormon lapar meningkat. Itu sebabnya jika lambat makan, selera makan jadi tak terkawal dan akan makan banyak daripada biasa disebabkan hormon lapar tinggi. Saya boleh bagi contoh macam saya suka isi minyak Shell sebab nak kumpul point Bonuslink. Tapi disebabkan minyak kereta dah nak habis & tak ada stesyen petrol Shell terdekat, yang ada BHP je. Terpaksa la singgah nak isi petrol kat situ sebab kalau tak isi petrol nanti enjin mati kat tengah jalan. Sama juga dengan badan kita, bila ia dah terlalu lapar, ia akan belasah je makanan apa yang ada walaupun otak tau makanan tu tak sihat. Selagi hormon lapar tu ada, selagi itu perut minta diisi, jawabnya akan makan banyak. Itu pentingnya makan ikut waktu. Selain itu, makan ikut waktu juga memastikan metabolisma tinggi, jadi lebih banyak pembakaran lemak. Siapa yang suka sarapan pagi lambat-lambat, atau lewat makan tengahari disebabkan kerja, atau tidur malam lambat sampai perut dah lapar balik, ini sebabnya selera makan jadi tak terkawal ye :)
Tips 10: Ada org yg berdiet dgn skip waktu makan seperti skip makan sarapan atau skip makan malam. Sebenarnya bila kita skip makan, waktu makan seterusnya kita akan jadi terlalu lapar dan makan banyak. Jika kita skip sarapan, waktu makan tengahari kita akan makan banyak. Jika kita skip makan malam, keesokannya kita akan makan banyak ketika sarapan. Skip makan juga menyebabkan metabolisma tubuh menurun dan membuatkan badan 'lembap' membakar lemak. Jika nak kurus, kena makan ikut waktu ye :)